model tehangat bab 1
Sunday, 25 December 2011 | 04:46 | 0 comments
dia masuk ke dalam bilik,terasa seperti mahu menyambung tidur di atas katil pula tetapi lekas - lekas dia mengingatkan diri sendiri supaya jangan tidur semula.kembar nya dengan berbungkus tuala.mereka saling tersengih tetapi tiada suara sepatah pun.aina syuhada mencapai telekung yang berlipat di atas dan bersiap mahu mendirikan solat asar.tidak mahu mengganggu,aina syahida keluar semula dari bilik menuju ke dapur.dia mahu membancur air kopi bagi menghilangkan mengantuk danmenjana sedikit tenaga.biskut tawar masih ada di dalam balang.enak juga sekiranya biskut tawar di cecah kopi buat alas perut petang-petang begini.
"wanginye bau kopi!"azim ali tiba - tiba muncul di dapur aini syahida baru duduk mahu menikmati kopi.
aini syahida menjeling.
"sibuklah.pantang tengok orang makan!"
azim ali tersengih.tanpa segan silu,tanpa ambil hati,dia mengambil sebiji cawan lalu menuang air kopi.
"mana aida?" aini syahida merenung muka adiknya.






