model terhangaat bab 1
Saturday, 24 December 2011 | 18:52 | 0 comments
Aini syahida menguap.mata nya terasa berat.sebenarnya tadi,di terlayang - layang sebentar ke alam mimpi.entah apa - apa sahaja yang muncul dalam mimpinya.sekejap dia nampak kek cawan,sekejap dia nampak mufin dan sekejap dia nampak asam pedas air tangan emak yang dinikmati tengah hari tadi.matanya melirik kepada jam dinding. sudah jam lima petang. rupa - rupanya sudah masuk waktu asar,patutlah mimpinya aneh - aneh sahaja. ayah pernah berpesan,tidak elok tidor pada waktu asar. dia pun tahu,kebiasannya pada waktu petangwaktu orang beriadah,tetapi bukan nya beriadah di atas tilam.
Aini syahida bingkas. dia mendengar bunyi air bercerau di dalam bilik mandi. dia pasti aina syuhada sedang mandi. dia menjeguk pulake halaman dan melihat azim ali sedang duduk di bangku di sudut patio bersama aida syifa. tidak nampak pula kelibat adam malik,barang kali adik nya itu keluar kemana - mana.
bersambung lagi ek???






